Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.04.32WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.04.33 1WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.04.33WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.04.34WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.04.35

KUALA LUMPUR, 18 Jan 18 – Seramai 16 Ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) terlibat dalam Mesyuarat Tahunan Jemaah Tertinggi ATM yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, YBhg Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin bertempat di Bilik Mesyuarat, Rumah BAKAT ATM, Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat Tahunan Jemaah Tertinggi BAKAT ATM Tahun 2018 ini telah dihadiri oleh semua Pengerusi BAKAT Perkhidmatan serta Penasihat BAKAT Perkhidmatan. Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan adalah untuk mengetahui hala tuju serta program atau aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tahun 2018 disamping membentangkan aktiviti serta perbelanjaan yang telah berjaya dilaksanakan bagi tahun 2017 pada setiap BAKAT Perkhidmatan.