Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.21.16WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.23.56WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.23.57WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.23.58WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.23.59WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.00WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.01WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.04WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.07WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.09WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.15WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.26WhatsApp Image 2018 01 18 at 13.24.24

BANTING, 18 Jan 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Coffee Table Book Cawang Tadbir, Coffee Table Book PASKAU Beret Biru dan Coffee Table Book Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) bertempat di Wisma Ahli Udara, Rejimen TUDM Jugra hari ini.

Di dalam majlis tersebut, YBhg Panglima Tentera Udara turut menerima Coffee Table Book Cawang Tadbir yang telah disampaikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM, Coffee Table Book PASKAU Beret Biru yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, YBhg Brig Jen Dato' Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM serta Coffee Table Book MPSTU yang disampaikan oleh Pengarah PSTU, YBhg Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM.

Majlis ini juga turut menjemput mantan-mantan serta pegawai dan anggota yang telah memacu ketiga-tiga komponen. Kehadiran tetamu jemputan ini merupakan suatu penghargaan di atas khidmat bakti yang dicurahkan. Para jemputan diraikan dengan pemberian Coffee Table Book mengikut komponen masing-masing yang telah disampaikan oleh YBhg Panglima Tentera Udara. Dengan pelancaran Coffee Table Book ketiga-tiga komponen ini, ianya memberikan kesan yang signifikan buat Cawang Tadbir, PASKAU dan MPSTU.

Di dalam majlis yang sama juga, para hadirin turut dipertontonkan persembahan yang memukau daripada Pasukan Drumline TUDM dengan mengenakan pakaian seragam baru yang akan digunakan semasa persembahan dikhalayak ramai.