Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 01 19 at 13.46.06WhatsApp Image 2018 01 19 at 13.46.13WhatsApp Image 2018 01 19 at 13.46.15WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.01.32WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.01.33WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.01.37WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.18.04WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.18.11WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.18.15WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.18.29WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.18.44WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.19.00WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.19.03WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.19.10WhatsApp Image 2018 01 19 at 14.19.13

ALOR SETAR, 19 Jan 18 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishamuddin Hussein telah membuat lawatan ke Kolej Tentera Udara (KTU) untuk beramah mesra bersama seluruh peringkat warga KTU hari ini.

Ketibaan beliau di Markas Pangkalan telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM diiringi oleh Panglima Pendidikan & Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, Komandan KTU, YBhg Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM serta pegawai-pegawai Kanan TUDM, para pegawai dan anggota dari KTU.

Kunjungan Menteri Pertahanan di KTU telah dimulakan dengan sesi penyampaian taklimat oleh Komandan KTU mengenai organisasi, tanggungjawab dan peranan yang dilaksanakan di Kolej Tentera Udara secara menyeluruh.

Seterusnya, Menteri Pertahanan telah dibawa ke Mes Ahli Udara bagi sesi ramah mesra bersama warga KTU yang terdiri dari pelbagai lapisan peringkat anggota termasuk staf dan para pelatih yang menjalani latihan di kolej ini.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohd Johari Baharum, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Exco Kerajaan Negeri Kedah.