Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

WhatsApp Image 2018 01 19 at 17.28.02WhatsApp Image 2018 01 19 at 17.28.03

D7K 6877D7K 6887D7K 6890D7K 6895D7K 6909

BUTTERWORTH, 19 Jan 18 - YBhg Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM diiringi AKS Tadbir, YBhg Kol Ahmad bin Abdul Rahman TUDM menyempurnakan sumbangan kebajikan kepada PW U II Norazli bin Abdul Hamid - INSKEP yang diadakan di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Butterworth petang tadi.

Anggota menerima bantuan cek Tabung Kebajikan TUDM dan beberapa peralatan dapur dari pihak TUDM. Selain itu, Sel Kebajikan, MTU Perkhidmatan juga telah mendapatkan bantuan daripada PERNAMA meliputi peralatan elektrik, makanan kering dan pakaian sekolah. Sumbangan dari PERNAMA disampaikan oleh Lt Kol Abdul Talib bin Haji Darwami (Bersara) selaku Pengurus Sumber Manusia PERNAMA.

Sumbangan ini dibuat susulan rumah kediaman anggota di Taman Sungai Dua telah mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran pada 14 Jan 18. Majlis ini turut dihadiri ADUN Telok Air Tawar, YB Dato' Hajah Jahara binti Hamid dan ADUN Sungai Dua, YB Encik Mohd Yusof bin Mohd Nor.