Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180119 WA0012IMG 20180119 WA0014IMG 20180119 WA0018IMG 20180119 WA0021IMG 20180119 WA0023IMG 20180119 WA0026IMG 20180119 WA0028IMG 20180119 WA0031IMG 20180119 WA0033IMG 20180119 WA0035

SUNGAI BESI, 19 Jan 18 - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah melakukan lawatan kerja ke Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Dalam rangka lawatan di sana, Timbalan Panglima Tentera Udara telah diberikan taklimat mengenai organisasi, tanggungjawab dan peranan yang dilaksanakan di ALK yang disampaikan oleh Komandan ALK, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Saharuddin bin Mansor TUDM serta dibawa meninjau ke penempatan pelatih kadet TUDM.

Timbalan Panglima Tentera Udara turut beramah mesra dan mengadakan sesi dialog bersama 218 pelatih kadet tahun 1 hingga tahun 4.

Turut mengiringi beliau semasa lawatan, Ketua Pengarah Cawang Latihan Pertahanan MATM, YBhg Brig Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM; Asisten Ketua Staf KOMLEK, YBhg Brig Jen Dato' Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.