Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 1039WAN 1055WAN 1065WAN 1071WAN 1091

KUALA LUMPUR, 22 Jan 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada empat orang pegawai kanan TUDM yang berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Di majlis tersebut menyaksikan YBhg Brig Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai AKS Perancang Pertahanan di Bahagian Perancang Pertahanan Markas ATM.

Manakala dua pegawai kanan berpangkat Kol TUDM iaitu YBhg Kol Mohd Halimin bin Pandi TUDM dan YBhg Kol Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM masing-masing dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM. YBhg Brig Jen Mohd Halimin akan memegang jawatan sebagai Pengarah Perisikan TUDM manakala YBhg Brig Jen Mohd Kahar sebagai Ketua Pengarah Perancangan Pembangunan Markas ATM.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada Lt Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Kesiagaan Bahagian Bantuan dan Kesiagaan MPOU.

Turut hadir menyaksikan Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Bantuan Udara, YBhg Mej Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.