LABUAN, 23 Jan 18 - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara hadir ke Pangkalan Udara Labuan sempena Lawatan Rasmi Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di sini hari ini. Ini merupakan lawatan Panglima Angkatan Tentera yang julung-julung kali diadakan di Pangkalan TUDM.
Lawatan rasmi tersebut secara umumnya adalah bertujuan untuk bertemu serta berdialog bersama warga Pangkalan Udara Labuan bagi menjelaskan beberapa inisiatif Hala Tuju Kementerian Pertahanan meliputi Skim Anuiti Veteran (SAVe), Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) serta inisiatif-inisiatif lain di bawah Teras Kebajikan.
Turut sama dalam sesi dialog ini Panglima Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM dan turut dihadiri oleh AKS Sumber Manusia, YBhg Brig Jen Dato' Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM; Komander PU Labuan, YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM; AKS Tadbir, YBhg Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM serta pegawai-pegawai kanan yang lain.