Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

02f6d2fc bd60 45e5 a015 f73091d8b04f2fce538f 8bdd 4c00 820c 09f77c25aae49b690097 c72c 4b2c a28a 9f7169c61358e953eaf0 56b2 4fe6 8ae7 9478c41fa72e767fb382 9d3d 4346 a2ed 032efe01cb23406427a6 5ea0 4887 9bb4 4ee6ab9942c1

GENTING HIGHLANDS, 24 Jan 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 1/2018 yang berlangsung di Grand Ion Delemen Hotel bermula hari ini hingga 26 Jan 18.

Mesyuarat dwi-tahunan ini merupakan satu platform untuk Panglima Tentera Udara menyampaikan arahan dan dasar-dasar baru perkhidmatan kepada semua peringkat Komander. Interaksi secara terus di antara pucuk tertinggi TUDM dengan Komander dipelbagai lapisan pemerintahan ini diharap dapat menjana perbincangan yang positif demi menentukan segala arahan dan dasar yang diputuskan dapat dilaksanakan sewajarnya.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima-panglima Pemerintahan, AKS-AKS Bahagian, Ketua Staf, Pengarah-pengarah, Komander Pangkalan serta Pegawai-pegawai Memerintah dari Skn-skn Penerbangan.