Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

37b36294 353d 4849 87e6 b06b07e0dbcd13f1804c e21a 4fe0 8f45 68a7eeebe02884b7fb0d 12a6 4ada 8ac1 864efbe6937a

BENTONG, 26 Jan 18 - Jemaah Tertinggi BAKAT Udara memulakan lembaran tahun 2018 dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Harmoni Valley Retreat Janda Baik, Bentong Pahang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah turut dihadiri oleh AKS Tadbir, YBhg Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM selaku Penasihat BAKAT Udara.

Selain menyusun perancangan aktiviti bagi tahun 2018, intipati mesyuarat ini antara lainnya menjadi medium kepada barisan kepimpinan tertinggi BAKAT Udara untuk menterjemahkan idea dan resolusi yang terbaik ke arah memantapkan lagi peranan BAKAT Udara dalam memartabatkan kualiti kehidupan institusi kekeluargaan TUDM seluruhnya.