Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20180127 WA0003IMG 20180127 WA0006IMG 20180127 WA0038IMG 20180127 WA0046IMG 20180127 WA0029IMG 20180127 WA0035IMG 20180127 WA0036IMG 20180127 WA0040IMG 20180127 WA0045IMG 20180127 WA0017IMG 20180127 WA0021IMG 20180127 WA0028IMG 20180127 WA0019IMG 20180127 WA0043IMG 20180127 WA0041

Alor Setar, 27 Jan 18 - Seramai 36 graduan yang terdiri daripada 20 orang graduan dari Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 dan 16 orang graduan dari Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 58/16 telah berjaya menerima Sayap Penerbangan sempena Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan yang diadakan di Padang Kawad Kolej Tentera Udara Alor Setar.

Pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 58/16 telah memulakan perjalanan karier mereka sebagai Juruterbang sebaik sahaja melaporkan diri ke INSPEN 1 pada 12 Jun 2016. Graduan-graduan ini telah menghadiri Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) untuk 3 bulan pertama sebelum meneruskan latihan ke Fasa Penerbangan.

Fasa Penerbangan terbahagi kepada dua peringkat iaitu fasa penerbangan asas dan fasa penerbangan lanjutan.

Seramai 24 orang pelatih dari Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 telah meneruskan perjuangan mereka dalam Kursus Asas Penerbangan di INSPEN 1 menggunakan pesawat Pilatus PC-7 Mk II. Manakala, 18 pelatih dari Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 58/16 telah terpilih untuk meneruskan latihan ke Fasa Penerbangan Asas Helikopter di INSPEN 2 menggunakan pesawat Eurocopter EC-120B Colibri.

Di dalam fasa awal latihan, seramai 4 orang pelatih dari Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 telah dikeluarkan atas sebab kesihatan. Sehubungan itu, berbaki 20 orang pelatih telah berjaya meneruskan kursus sehingga Basic Handling Test (BHT), Instrument Rating Test (IRT) dan meneruskan kursus dalam Fasa Penerbangan Asas Navigasi serta menamatkan latihan penerbangan setelah menduduki Final Navigation Test (FNT) dan Final Handling Test (FHT).

Manakala bagi pelatih yang mengikuti Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 58/16, seramai 2 orang pelatih telah dikeluarkan daripada kursus ini disebabkan gagal semasa Fasa Akademik dan masalah kesihatan. Justeru, seramai 16 orang pelatih telah berjaya dalam fasa penerbangan asas ini setelah menduduki Basic Handling Test (BHT) dan Instrument Flying Test (IFT) serta meneruskan fasa lanjutan dengan menduduki Final Navigation Test (FNT) dan Final Handling Test (FHT).

Setelah mengharungi segala cabaran dan rintangan di sepanjang menjalani kursus ini , kesemua 20 orang pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 dan 16 orang pelatih Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 58/16 telah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan melayakkan mereka untuk dianugerahkan Sayap Penerbangan Tentera Udara Di Raja Malaysia.

Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan upacara penganugerahan sayap penerbangan kepada seramai 36 graduan yang telah berjaya menamatkan kursus masing-masing dengan jayanya.

Terdahulu, acara telah dimulakan dengan perbarisan masuk medan yang terdiri dari komposisi perbarisan seperti berikut :

a. 1 x Flait Graduan - 36 graduan / penerima sayap penerbangan.
b. 3 x Flait Bantuan - 10 orang pegawai dan 109 orang anggota LLP.

Istiadat Perbarisan ini telah diakhiri dengan Terbang Lintas Pesawat dari hadapan pentas hormat dengan formasi Fan Burst oleh 5 x Pesawat Pilatus PC-7 Mk II semasa Hormat Panglima diberikan kepada Panglima Tentera Udara sebelum beliau meninggalkan medan perbarisan.

Turut hadir ke Istiadat Perbarisan ini adalah Panglima Operasi Udara ; YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Pendidikan & Latihan Udara ; YBhg Mejar Jeneral Dato’ Hj Romlee bin Yahaya TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain dan ahli keluarga para pelatih.