Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180127 WA0079IMG 20180127 WA0085IMG 20180127 WA0084IMG 20180127 WA0072IMG 20180127 WA0064

SHAH ALAM, 27 Jan 18 - Satu delegasi khas yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh telah berlepas untuk melawat Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh dengan menggunakan pesawat A400M milik TUDM.

Delegasi ini akan mengedarkan barangan bantuan seperti perubatan, makanan serta keperluan asas kepada pelarian Rohingya.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut hadir di Pangkalan Udara Subang bagi menghantar delegasi khas buat misi ini.

Tan Sri Michelle Yeoh yang juga duta UNDB dan Panglima Angkatan Tentera mengetuai misi ini bagi menilai impak bantuan uang diberikan sehingga kini dan memastikan Hospital Medan Malaysia dilengkapi dengan sumber yang mencukupi untuk menangani keadaan yang melanda pelarian Rohingya.

Lawatan ini dilakukan selaras dengan Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (U.A.E.) yang akan memberi bantuan dalam menyediakan peralatan dan bekalan perubatan di hospital medan.

Malaysia adalah negara pertama yang menubuhkan hospital medan berkelengkapan terkini di Cox's Bazar dengan kapasiti maksimum 100 buah katil dan dikendalikan oleh kakitangan perubatan yang terlatih. Walaupun pada awalnya usaha ini dianggap sebagai langkah sementara untuk meringankan penderitaan pelarian Rohingya, penyelesaian kekurangan jangka panjang dan keadaan cuaca yang melampau telah membuatkan Malaysia membuat keputusan untuk memperluas bantuan kemanusiaannya.

Operasi hospital medan ini diketuai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan Majlis Keselamatan Malaysia, Kementerian Luar Negeri, pertubuhan bukan kerajaan seperti Malaysian Relief Agency, Islamic Medical Association Relief Team, Mercy Malaysia dan Humanity Heroes. Manakala, pembinaan hospital medan dan penyediaan aset perubatan serta latihan teknikal kakitangan perubatan awam dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.