Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

40ff0e77 9054 4240 9104 60d512f67d5a048742e1 090e 4060 b44a 760a869f1bd21aeed1f0 2e06 4e75 b762 b87c129b3ff4

SUBANG, 29 Jan 18 – Dua orang pegawai kanan TUDM telah dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang hari ini.

Di majlis tersebut menyaksikan YBhg Mej Jen Dato’ Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral TUDM berkuatkuasa 20 Jan 18 dan akan memegang jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Manakala, Mej Anuar bin Ahmad TUDM dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel TUDM berkuatkuasa mulai 24 Jan 18 dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 16 Skuadron.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.