Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

b30ccb8e 1305 4611 8ba2 fded1d485651ea9da54a d475 4034 ad80 edcc12c2ff1c12d6973c c531 4746 b83d 192eb8cdc7862f61cae1 329a 4ce8 8b38 9755c109bbd3781bee37 a160 4f01 bdf5 4d4b966c6ab788158358 26a6 4fb9 b46d 96475f31ff6ace3601a3 1949 4d48 b5e8 4ad54c532cc259554090 0515 449c 8f32 6c89691ea447

SUBANG, 29 Jan 18 – No 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang telah menerima kunjungan daripada Menteri Angkatan Tentera Perancis, PYT Florence Parly dalam rangka lawatannya ke Malaysia sempena Persidangan Tahunan 4th Malaysia-France Defence Joint High Strategic Committee bersama Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di ibu negara.

Ketibaan beliau di Pangkalan Udara Subang pada pagi ini telah disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Setibanya di No Skuadron, PYT Florence Parly bersama delegasi yang hadir telah diberikan taklimat sebelum dibawa ke pesawat A400M.

Kunjungan PYT Florence Parly ke Malaysia merupakan lawatan ulung beliau ke rantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai Menteri Angkatan Tentera Perancis yang baharu pada 21 Jun 2017.