Kemaskini Terakhir: Sabtu,26 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0025 3 resizeDSC 0040 2 resizeDSC 0061 2 resizeDSC 0128 2 resizeDSC 1963 resizeDSC 5226 resize

 

ALOR SETAR, 13 Feb 18 – Kerjasama bidang pendidikan di antara TUDM DAN TNI AU terus diperluas dan pada hari ini telah melakar sejarah apabila Kapten Pnb Suyanto dari TNI AU menempa nama sebagai juruterbang pertama dari TNI AU yang terpilih untuk mengikuti Kursus Jurulatih Penerbangan (Flying Instructor Course – FIC) Siri 42/18 yang dikendalikan oleh Institut Latihan Instruktor Terbang (ILIT), KTU Alor Setar.


Inisiatif ini adalah hasil kesepakatan yang dicapai melalui beberapa siri mesyuarat Tim Perancang Latihan Udara (TPLU) MALINDO yang bersidang dua kali setahun. Melalui inisiatif tersebut, pucuk pimpinanan TUDM DAN TNI AU telah bersetuju/bersepakat untuk mengaktifkan Program Pertukaran Pelatih Bidang Penerbangan yang melibatkan Kursus Asas Penerbangan dan Kursus Jurulatih Penerbangan. Terdahulu, TUDM telah menghantar seorang pegawai (LT M Muhammad Azfar Azim Bin Ibrahim TUDM) untuk mengikuti Kursus Asas Penerbangan Angkatan 45 yang dilaksanakan di WINGDIK TERBANG, LANUD Adisutjipto, Jogjakarta, Indonesia bermula pada 1 Nov 17 hingga 29 Mac 19. Seterusnya, TNI AU akan menghantar seorang pegawai untuk mengikuti Kursus Asas Penerbangan di PULATIBANG 1, KTU Alor Setar pada bulan Mei 18, sementara TUDM pula akan mencalonkan seorang juruterbang bagi mengikuti Kursus Jurulatih Penerbangan di WINGDIK TERBANG, LANUD Adisutjipto, Jogjakarta, Indonesia pada bulan Jun 18.


Pada Majlis Pembukaan Kursus Jurulatih Penerbangan Siri 42/18 yang disempurnakan oleh YBhg LT Jen Dato’ Kamarulzaman Bin Mohd Othman TUDM, Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, Kapten Pnb Suyanto turut diraikan oleh 20 orang Delegasi TPLU yang diketuai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Hj Yazid Bin Hj Arshad TUDM, Ketua Staf MAWILUD 1 selaku Ketua TPLU TUDM dan Marsekal Pertama TNI Anang Nurhadi S., S.E. Wakil Asisten Operasi KASAU selaku Ketua TPLU TNI AU.


Untuk rekod, TUDM dan TNI AU pernah melaksanakan Program Pertukaran Pelatih bagi Kursus Asas Penerbangan. Namum, program tersebut terhenti selepas beberapa siri pelaksanaannya di penghujung tahun 80an. Memandangkan program ini dihentikan tanpa justifikasi kukuh, TPLU telah mengambil langkah positif dengan mengadakan kajian semula keberkesanan pelaksanaannya. Hasil kajian mendapati program ini lebih memberi manfaat kepada kedua-dua Angkatan Udara berbanding kekangan atau keburukannya. Justeru, TPLU telah menaja pengaktifan semula Program Pertukaran Pelatih Asas Penerbangan sambil mengembangkan skop program kepada Jurulatih Penerbangan.