Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

b5326edf bd68 47a3 b521 74f1d435e3d1af1cd8b1 bf2c 48b6 8f94 63ccd840b601

d34972be 4920 44e8 a314 e31f655af11ab5737d7b bb5e 47f6 890b 89b1e830e139

BUTTERWORTH, 14 Feb 18 – Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah mengadakan perjumpaan bersama semua Pegawai dan Pegawai Waran yang berkhidmat di PU Butterworth.

Acara yang diadakan di Dewan SETIA turut dihadiri oleh Asisten Ketua Staf Operasi & Strategi, Ketua Staf MAWILUD 1, Timbalan Komander HQIADS, Pengarah Perkhidmatan dan Pemangku Komander Pangkalan Udara Butterworth.

Di dalam perjumpaan ini, Panglima Operasi Udara telah mengingatkan kembali tanggungjawab sebagai warga TUDM dimana aspek disiplin dan integriti menjadi intipati utama perjumpaan ini. Beliau juga menerangkan kepada hadirin mengenai kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan terhadap warga ATM seperti program SASAR, SAVe, penyambungan dari 21 ke 26 tahun, Skim ASB Bank Muamalat dan lain-lain serta menggesa semua hadirin untuk menyampaikan kepada semua anggota supaya menggunakan semua kemudahan yang disediakan.

Program yang dijalankan secara santai ini juga dilihat telah mencapai objektif dimana hadirin yang hadir dapat beramah mesra dengan pucuk pimpinan TUDM, mendapat maklumat mengenai isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan ATM serta mengingatkan semua warga PU Butterworth supaya menjadi rakyat yang bertanggungjawab semasa pilihan raya umum yang akan datang.