Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2103DSC 2109DSC 2116DSC 2181DSC 2194DSC 2252DSC 2210DSC 2230

KUALA LUMPUR, 15 Feb 18 – Seramai 6 orang anggota TUDM telah disenarai pendek bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan World Cricket League Div 4 (WCL 4) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 April hingga 6 Mei 18. Penglibatan ini merupakan satu penghargaan kepada pemain Tim Kriket TUDM berikutan pencapaian yang memberangsangkan di Sukan Sea Kuala Lumpur yang lalu. 6 orang anggota yang telah disenarai pendek adalah:

a. Kpl U Anwar bin Arudin.
b. Kpl U Mohd Shukri.
c. Kpl U Abdul Rashid bin Ahad.
d. Kpl U Mohd Suharril Fetri bin Shuib.
e. LU I Muhamad Syahadat bin Ramli.
f. LU I Muhammad Wafiq Irfan bin Zarbani.

Kejohanan WCL 4 ini merupakan kejohanan kriket peringkat Antarabangsa yang disertai oleh Itali, Vanuatu, Jersey, Uganda, Denmark dan Malaysia. Di dalam kejohanan tersebut Malaysia perlu berada di tangga ke 2 teratas bagi melayakkan negara dinaikan ke Division 3.

Sebagai langkah persiapan ke kejohanan tersebut, Tim Kriket Malaysia akan mengadakan siri jelajah di Sri Lanka bermula 16 Februari 18 sehingga 10 Mac 18. Selain itu, buat julung kalinya 2 anggota TUDM telah diberi kepercayaan bagi menggalas tugas sebagai Captain dan Vice Captain bagi Tim Kriket Malaysia. Tugas sebagai Captain kriket kebangsaan telah di berikan kepada Kpl U Anwar bin Arudin manakala LU I Muhamad Syahadat bin Ramli dipilih sebagai Vice Captain. Ini merupakan satu sejarah dan penghormatan kepada pemain TUDM yang mempamerkan aksi cemerlang dalam mengharumkan nama negara amnya dan TUDM khasnya di mata dunia.

Di majlis ini juga, turut diadakan pemakaian pangkat bagi Anggota TUDM yang telah mengharumkan nama Negara dengan memenangi pingat emas di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Seramai 11 orang anggota telah dinaikan satu tangga kenaikan pangkat daripada pangkat hakiki yang terdiri daripada 7 orang atlet kriket, 3 orang atlet sepak takraw (Chinlone) dan seorang atlet petanque.

Turut hadir dimajlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Abdul Samad TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM.