Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

648fd127 edcc 4a20 a4d3 71c1b72ac586832e5e49 2cce 4c98 a716 a0612da4cb434cdccb38 f175 49a0 b97e 09630cf420a48184b675 aa27 44e4 8a15 3820000d442607097664 b7a3 463f af3c a96a6e175050b7f4fa9e dba3 46c7 97f5 b70f915f107b84870796 f113 41fd 9144 945027f54183b772c3d2 650a 42ba b832 dfe49ce0f945e88ed638 5a4e 44c6 8003 e0e7e0ed0e98fcafa1cc 8461 4016 bbdb 82f0db483d94c50c7dc1 4606 4bac 945d a5b205ebe3331940a005 a2f9 4bec 9275 b32b5152f664ffe65840 da01 4956 8778 4621001e1e10

 

KUALA LUMPUR, 15 Feb 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Pelancaran Logo Perkasa Perwira yang disempurnakan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di Wisma Perwira ATM. YB MenHan dan kepimpinan tertinggi Kementerian dan ATM telah memutuskan agar satu identiti diwujudkan bagi memastikan segala perancangan mencapai objektif yang disasarkan. Identiti ini dinamakan Perkasa Perwira.

Secara ringkasnya, perkataan ‘Perkasa’ melambangkan usaha memperkukuh dan menambah baik. Manakala perkataan ‘Perwira’ pula melambangkan pahlawan dan pejuang yang terdiri daripada warga ATM, veteran ATM serta warga awam MinDef. Perkasa Perwira membawa maksud ‘pengukuhan kepada warga ATM dan MinDef’.
Inisiatif Perkasa Perwira ini merupakan inisiatif turun padang ke seluruh negara yang dilaksanakan dengan bersandarkan 2 objektif utama.

Pertama, bagi membolehkan YB MenHan dan kepimpinan tertinggi MinDef dan ATM memantau setiap projek, inisiatif dan program yang telah dirancang agar ia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab.

Kedua, membolehkan YB MenHan dan kepimpinan tertinggi MinDef dan ATM berinteraksi yang berada di akar umbi agar segala perancangan yang dilaksanakan dapat dirasai, dihargai dan disokong oleh golongan sasar.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Veteran-veteran ATM, Pegawai-pegawai kanan Kementerian dan ATM.