Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

41e42d35 2a2e 4e41 8af2 0b8ebe31231cdd05f12d 1cd9 4aad b980 3fea08d164b767507ad6 9436 4be3 8f3e 8df56377dc3d1a40088e 644a 43d4 9f40 128b7894d39850aeffec 02ac 472d 983a 04793eb899bba81de683 dad9 4167 9186 1c87e8c72b87ac18fe5a 1a85 4817 a600 df5aae1074acb1c826bb 0d03 49c3 91ce 22e6db88ac8e e0dcdbd5 c932 401f a7c3 548138969984741770eb c9a6 450b b6da 2097374e9a46fd47856e 503c 4b72 bb87 6b053747fcfb

SENDAYAN, 19 Feb 18 - Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi telah membuat lawatan ke Pangkalan Udara Sendayan bagi meninjau perkembangan semasa pembangunan yang dijalankan di pangkalan tersebut.

Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat mengenai status perkembangan pembangunan di Pangkalan Udara Sendayan.

Seterusnya para rombongan kenamaan telah meninjau di beberapa kawasan sekitar pangkalan ini termasuk bangunan Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara (MPPLU), Bangunan Skuadron Provos, RKAT Kelas C dan F, PERNAMA serta Dewan Serbaguna.

Turut serta semasa lawatan tersebut adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj. Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan & Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM serta pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.