Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 02 22 at 12.29.18 4WhatsApp Image 2018 02 22 at 12.29.18 3

PULAU PINANG, 14 Feb 18 – Mesyuarat Ke-70 Tim Perancang Latihan Udara (TPLU) MALINDO telah berlangsung dari 11 hingga 14 Feb 18 di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang. Mesyuarat ini merupakan program dua kali setahun yang dilaksanakan mengikut penggiliran tuan rumah di antara TUDM dan TNI AU. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh YBhg Brig Jen Dato’ Hj Yazid Bin Hj Arshad TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 selaku Ketua TPLU TUDM dan Yth Marsekal Pertama TNI Anang Nurhadi S.,S.E., Wakil Asisten Operasi KASAU selaku Ketua TPLU TNI AU. Ahli-ahli mesyuarat adalah terdiri daripada 9 orang Delegasi TNI AU dan 10 orang Delegasi TUDM.

TPLU MALINDO adalah satu badan di bawah Jawatan Kuasa Latihan Bersama (JKLB) MALINDO yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti bersama di antara TUDM dan TNI AU yang merangkumi program kursus dan seminar, lawatan/kunjungan Pegawai-pegawai Kanan dan pimpinan tertinggi kedua-dua Angkatan Udara, Program Pertukaran Personel serta latihan udara bersama.