Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3241e251 a37d 40d5 9cb3 9de1407c923a0493ed08 9969 4e40 878b 233df7e3c740ff8559e3 d961 4381 966f 6ab76994deb049cb8584 92f7 4cc8 b385 fee49633c3a41db0039c 2f9e 4850 91e3 1ba1ced7668c79a3c837 843d 43ba 93b1 7d4f69b1abddad8b9137 4ccf 45cb 88f2 6f3179ea4489

KUALA LUMPUR, 23 Feb 18 – Satu Majlis Penganugerahan Lt Kol Sebenar secara Posthumous telah diadakan di Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan. Anugerah kenaikan pangkat itu telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Antara penerima pangkat ini adalah Mendiang Lt Kol Kayamboo a/l Chellam yang terkorban ketika sedang beroperasi menerbangkan pesawat angkut Beechcraft King Air 200T di Pangkalan Udara Butterworth pada 21 Disember 2016, Allahyarham Lt Kol Yazmi bin Dato’ Mohamed Yusof TUDM dan Allahyarham Lt Kol Hasri bin Zahari TUDM yang terkorban bersama semasa menerbangkan pesawat Hawk 108 di Chukai, Terengganu pada 15 Jun 2017. Ketiga-tiga mangsa juruterbang ini menerima satu kenaikan pangkat asal mereka.

Penganugerahan pangkat tersebut telah disampaikan kepada Puan Usha a/p Suppiah (Isteri Mendiang Lt Kol Kayamboo TUDM), Puan Shofara Izwa binti Hilmi (Isteri Allahyarham Lt Kol Yazmi TUDM) dan Puan Asysyuhadak binti Ahmad (Isteri Allahyarham Mej Hasri TUDM).

Majlis pagi tadi telah berlangsung secara bersederhana. Seluruh jemputan di majlis tersebut kelihatan sugul kerana masih lagi bersedih dengan pemergian juruterbang-juruterbang terlibat. Namun kelihatan bersemangat semula apabila mendengar obituari mangsa juruterbang tersebut yang nyata cemerlang di dalam pencapaian kerjaya, keberanian dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang perkhidmatannya di dalam TUDM.

Penganugerahan secara Posthumous ini merupakan satu tanda penghargaan kepada mereka di atas jasa dan bakti mereka terhadap perkhidmatan TUDM khasnya dan Negara amnya.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM, serta ahli keluarga Mendiang dan Allahyarham.