Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2728DSC 2387DSC 2382DSC 2362DSC 2369DSC 2755

SUBANG, 23 Feb 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 41/18 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Sumber Manusia, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM; AKS Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, YBhg Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM serta pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Kursus ini dihadiri seramai 55 anggota berpangkat Flait Sarjan terdiri daripada pelbagai ketukangan dalam TUDM. Kesemua pelatih telah menamatkan kursus dengan jayanya yang bermula pada 22 Jan 18 dan tamat pada 23 Feb 18.