ABU DHABI, 26 Feb 18 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Unmanned Systems Exhibition And Conference (UMEX 2018) yang diadakan di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC), UAE.
Dalam rangka lawatan di sana, TPTU berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada Commander of the UAE Air Force & Air Defence, Maj Gen Staff Pilot Ibrahim Nasser M. Al Alawi. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan kerjasama di antara kedua angkatan udara dan jemputan ke DSA 2018, Kuala Lumpur nanti.
Beliau juga turut mendengar taklimat daripada Vice President China National Aero-Technology Import & Export Corporation (CATIC) dan Mr. Dale Mc Donald dari syarikat QINETIC semasa kunjungan ke ruang pameran UMEX 2018 serta melakukan pertemuan dengan wakil daripada Negara China.
UMEX 2018 yang berlangsung mulai 25 hingga 27 Feb 18 telah dirasmikan oleh Crown Prince Mohammed bin Abdul Rashid Al Maktoum dengan memfokuskan kepada produk-produk unmanned terutamanya UAV dan UAS.
Turut mengiringi Timbalan AKS P&P (Operasi), YBhg Brig Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta Penasihat Pertahanan Malaysia di UAE, Mej Hisham TUDM.