Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2073DSC 2078DSC 3074DSC 3107

 

KUANTAN, 23 Feb 18 – Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah mengadakan perjumpaan bersama semua Pegawai dan Pegawai Waran yang berkhidmat di PU Kuantan.
Acara yang diadakan di Dewan Sri Angkasa turut dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 1, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara YBhg Brig Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM serta Komander Pangkalan, YBhg Kol Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM.
Di dalam perjumpaan ini, Panglima Operasi Udara telah mengingatkan kembali tanggungjawap sebagai warga TUDM dimana aspek disiplin dan integriti menjadi intipati utama perjumpaan ini. Beliau juga menerangkan kepada hadirin mengenai kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan terhadap warga ATM seperti program SASAR, SAVe, penyambungan dari 21 ke 26 tahun, Skim ASB Bank Muamalat, Celcom 33, Cadangan Hospital Veteran dan lain-lain serta menggesa semua hadirin untuk menyampaikan kepada semua anggota supaya menggunakan semua kemudahan yang disediakan.
Program ini juga dilihat telah mencapai objektif dimana hadirin yang hadir dapat beramah mesra dengan pucuk pimpinan TUDM dan mendapat maklumat mengenai isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan ATM.