Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

600 0209600 0248

600 0275600 0196

KUALA LUMPUR, 27 Feb 18 – Majlis Perasmian Op Perisai Akidah Peringkat ATM dan Pelancaran Buku Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan. Majlis ini dianjurkan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Ketua Pengarah KAGAT, YBhg Mej Jen Hj Kamaruddin bin Hj Mamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Op Perisai Akidah merupakan salah satu medium bagi menangani isu penyelewangan Akidah yang boleh menggugat kestabilan dan kesatuan umat. Melalui mandat yang telah diberikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Kor KAGAT telah mengambil langkah penjelasan dan pemahaman tentang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan Akidah sebenar dan sebagai pegangan muktamad seluruh warga muslim ATM melalui pelaksanaan Road Show Op Perisai Akidah.

Turut hadir di majlis perasmian Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Awam Kementerian Pertahanan.