Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

7dc601d2 3693 47bd 8193 d0fbfe024178d3695123 a61d 4d0e 9da4 c2b2fcbe884fdaf4c0d6 3287 4358 9b1d aa35d3780b059aa29427 275f 4c4c 8183 7bdce44a7e037ebb1483 2d9a 4cee bf71 219f3d0d8220f6d56c97 70ee 40b4 a455 7bafe4c159019c52bd1e fde5 4a5f 85de dc3f594977834664439f 87bb 4b23 a103 ee5a50196f8853687946 b1fe 41b1 8bdb 889f0a7d560eb4845a24 00bb 47b1 a099 38b142a590144853e963 27a8 4955 b097 1fb5318cac33

SUBANG, 1 Mac 18 – Satu istiadat perbarisan sempena persaraan YBhg Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Subang. Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada YBhg Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan setelah 42 tahun menabur bakti di dalam pekhidmatan ATM khususnya TUDM.

Di dalam istiadat yang penuh gemilang ini, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM telah mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai dan 145 anggota lain-lain pangkat.

Turut hadir menyaksikan istiadat perbarisan ini ialah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai dan anggota-anggota TUDM yang lain.

Di akhir acara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM bersama isteri, Yang Arif Dato’ Rozana bt Ali Yusoff telah dibawa berarak menggunakan pesawat Pilatus MK II PC 7 dengan diiringi Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDM ke helikopter EC725 dan seterusnya meninggalkan Pangkalan Udara Subang.

Persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar umpama sebutir permata berharga buat TUDM yang sukar dicari ganti. Selamat Bersara dan Semoga Maju Jaya.