Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0038DSC 0050DSC 0160DSC 4736DSC 4782DSC 4817

SUBANG, 14 Mac 17 – Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-12 (TPA M-12) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor bertempat di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

TPA M-12 yang diketuai oleh Mej Jen Datuk Hj Masrani bin Paiman melibatkan seramai 15 orang terdiri dari 10 pegawai dan seorang anggota dari ATM, 2 pegawai PDRM serta 2 pegawai awam. TPA M-12 telah melaksanakan misi pemantauan selama 12 bulan sejak 14 Mac 17. Dengan kepulangan ini maka secara rasminya Kontinjen TPA M-12 dibubarkan.

Turut hadir di majlis ini Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.