Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 a4d012fc b80b 4210 aff1 b1554d379f7e26d834e9 4140 45ad b565 9ac83edc3c75608b4ad6 343d 47b8 a2dc 82bd1f419e0bDYVMP uVoAAtm1k02a94762 3ef2 4e80 9907 296c871625023e4fe091 b69d 4a36 81ec 60cad87a72ef035cd87c d4c1 489d a957 d2bbb1245bcd1c5cc036 10e5 40f8 b410 a89b0e47d4b18a77bb19 0572 40c1 8396 cca7c05c861d09a39394 158c 443c 8083 08b13409763a60a2c496 db42 4321 98af fd3a614ddeeca9f6043f 7b78 460d 9def b8b23eaba286ab636359 3ecc 4b0b bcc5 655752592229db0962e1 41d4 4790 9ad7 41b3da1a49b9e72cd99f 5734 45db a2e5 6b048833ae23384f3bf2 e3a3 44c7 bae5 8dc0e5f9dc58

KUALA LUMPUR, 15 Mac 18 – Satu Perbarisan Perpindahan Permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah diadakan di Markas Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Perbarisan ini terdiri daripada 15 orang pegawai dan 205 orang anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM selaku Ketua Perbarisan. Perbarisan ini julung kali diadakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekaligus melakar sejarah sebagai Pangkalan Udara pertama TUDM yang bakal berpindah ke Pangkalan Udara Sendayan.

Upacara Penyerahan Bendera Pangkalan Udara Sendayan kepada Komander Pangkalan Udara Sendayan, YBhg Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM merupakan simbolik perpindahan permulaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM . Upacara ini turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohammed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Menyingkap kembali Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang bertempat di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sg Besi ini juga merupakan Pangkalan Udara Pertama Tentera Udara Diraja British (Royal Air Force) di Tanah Melayu yang mula beroperasi pada 1 Jun 1941 manakala Tentera Udara Diraja Persekutuan pula telah ditubuhkan dan beroperasi pada tanggal 2 Jun 1958. Pangkalan ini bertujuan bagi memudahkan operasi ‘Royal Air Force’ dalam mempertahankan Tanah Melayu serta menjadi pusat perhubungan Royal Air Force dengan Pangkalan di Seletar, Singapura.

Pada tanggal 25 Oktober 1960, Kerajaan British secara rasminya telah menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Persekutuan yang kemudianya dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).

Oleh kerana pembangunan dan perubahan kawasan sekitar pangkalan yang begitu pesat membangun, peranan Pangkalan Udara Kuala Lumpur juga turut berubah. Sebagai komitmen kerajaan, pangkalan ini perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih luas , komprehensif, sistematik dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap sejajar Pelan Transformasi Air-Force Next Generation TUDM yang sedang dilaksanakan.

Turut hadir di perbarisan ini, Timbalan Panglima Tentera Udara; YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.