Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180316 WA0019IMG 20180316 WA0017IMG 20180316 WA0016 IMG 20180316 WA0020IMG 20180316 WA0023IMG 20180316 WA0025IMG 20180316 WA0024IMG 20180316 WA0026IMG 20180316 WA0040IMG 20180316 WA0031IMG 20180316 WA0022IMG 20180316 WA0042IMG 20180316 WA0043IMG 20180316 WA0028IMG 20180316 WA0038IMG 20180316 WA0034IMG 20180316 WA0047IMG 20180316 WA0037

SENDAYAN, 16 Mac 18 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Razak telah merasmikan Pangkalan Udara Sendayan yang merupakan pangkalan udara terbaharu bagi TUDM.

Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan; Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angakatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima-panglima Perkhidmatan, mantan-mantan Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.

Di majlis ini, YAB Perdana Menteri menandatangani plat perasmian di Pintu Gerbang Utama sejurus tiba di Pangkalan Udara Sendayan dan seterusnya diberikan taklimat pembangunan projek oleh Pengarah Kumpulan Urusan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), YBhg Tan Sri Dato’ Seri Lodin bin Wok Kamaruddin serta menyempurnakan Perbarisan sempena perasmian Pangkalan Udara Sendayan yang diadakan di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU). YAB turut meluangkan masa melawat Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan bertemu warga TUDM serta keluarga.

Pangkalan Udara Sendayan menempatkan markas dan pasukan yang beroperasi di Pangkalan Udara Kuala Lumpur serta penempatan elemen pentadbiran TUDM yang lain. Pangkalan ini dilengkapi fasiliti dan kemudahan yang lebih moden dan sesuai dengan keperluan serta cabaran TUDM masa kini berbanding Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Pangkalan Udara Sendayan juga dilengkapi komplek kediaman yang lebih kondusif dan selesa untuk warga TUDM serta keluarga.

Pangkalan Udara Sendayan juga menempa sejarahnya tersendiri apabila menjadi pusat latihan terbesar dan utama TUDM dengan menempatkan beberapa pusat latihan tentera udara seluruh negara termasuk MPPLU.