Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4d9d7e65 18b3 48a4 b2f0 54a31182a9328c7ffe6c bf2b 4508 8583 e2230d36dbef107920d9 0923 433b ba1d f99ba7dd80ffa1a950a1 0488 4d5c 8778 e35e3d4596aead6e842b ff1b 47b5 a5ea 90512dc72b2eb930680d 9dca 4d97 a43b 2c4f522283f9c6b774ba fc44 4a6e bf9a 05a854b5fdccfb4566ee 5c17 4f0c 8f5c 76fd9af24092fe35d19f 5893 4198 85a4 c8930763540db1572e76 1405 4546 94e9 b1a3a59def5ffbcbbd5b a2a7 485a 9892 69782bdabd5ad07a5d3f b6bf 4b2a b4f6 3476be8cebad

KUALA LUMPUR, 17 Mac 18 – Seramai 43 pasangan raja sehari dari kalangan warga ATM telah diraikan di Majlis Perkahwinan Perdana yang diadakan di Dewan Seroja, Kem Kementah.

Majlis ini merupakan salah satu Program Khidmat Sosial Korporat (CSR) Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) untuk menyumbang bantuan kewangan bagi penganjuran majlis perkahwinan secara berkelompok warga ATM dan staf awam Kementerian Pertahanan. Pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menaja penginapan kepada pasangan pengantin di Hotel Royal Chulan dan Pihak Desatera Sdn. Bhd menaja sajian dan 43 buah kek perkahwinan bagi majlis ini.

Majlis bersejarah ini turut dihadiri Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Desatera Sdn. Bhd, Ahli Parlimen Setiawangsa dan warga awam Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, majlis akad nikah telah dijalankan pada 16 Mac oleh 4 jurunikah dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Mej Haji Mohd Nizam bin Dato’ Haji Termizi Al-Hafiz. Majlis yang diadakan di Masjid Khalid Al-Walid menyaksikan 28 pasangan pengantin baru telah diijab qabulkan manakala baki 15 pasangan telah dinikahkan lebih awal mengikut qariah masing-masing.