Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

602ff785 76a1 4001 82fd 998d316d8e08ee62b0dd 7c77 48be 9132 703de8fd272b2cc807d1 1851 4505 9643 d576ff8b31ad96af2c5d 8fd9 426f af97 ff91fc2b87bf6179b4a6 ef44 4329 a3ca cb0e0dcd8bb491437f23 b005 4113 84ba 586da174a0b01e56fc1b f288 4197 9844 0cbb5554dfa6ddded45e ac72 448e 9b37 ab17ffca89d59b093bc2 7686 427c bbcd 4f03964f951816474d1d d575 4178 9511 7765773f5da9c8c946c6 fbe6 41b4 8310 6159989b5997dd31abd5 a8b4 4933 b8fb 6204c6fd826caa964754 8ac9 4a03 b546 ef4cb6d51aa2a3c74107 9d56 49f7 977f aba2c26523b3aad4cfc9 b8c9 492a b71a 6e7d824f56eac1b00b92 beb8 4147 b744 c3901ca1b97cccad840a 9622 49bb bbfd 11ee0d7be2e2

ALOR SETAR, 19 Mac 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Khas ke Kolej Tentera Udara hari ini. Ketibaan beliau di pergerakan udara Kolej Tentera Udara telah disambut oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara; YBhg Lt Jen Dato' Kamaruzaman bin Mohd Othman TUDM dan Komandan Kolej, YBhg Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif pangkalan.

Dalam rangka Lawatan Panglima Tentera Udara, satu sesi dialog bersama warga Kolej diadakan bertujuan menerangkan inisiatif-inisiatif baru yang diperkenalkan kerajaan terhadap anggota ATM khususnya anggota TUDM disamping mendengar dan membincangkan isu-isu berbangkit yang diketengahkan oleh warga Kolej.

Antara perkara yang disebut dalam sesi dialog, Panglima Tentera Udara amat menekankan inisiatif kerajaan berkenaan Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan dimana dapat memberi manfaat pelaburan yang besar kepada anggota. Selain itu beliau turut menerangkan bantuan kerajaan berkenaan Program 1 Anggota 1 Rumah(SASAR) yang akan dibina di Sg Besi disamping menerangkan pendekatan baru kerajaan dalam pelanjutan tempoh perkhidmatan 21 tahun terus ke 26 tahun. Ini bertujuan membantu anggota mencapai pencen maksimum 60% serta faedah persaraan yang lebih tinggi. Beliau menegaskan bahawa warga TUDM perlu mengambil peluang dan kesempatan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam membantu anggota-anggota ATM.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara turut merasmikan Hangar Simulasi Institut Teknologi Aerospace (ITAS) dan melawat kawasan sekitar hangar. Pembinaan hangar ini bertujuan bagi memenuhi “learning outcome” kursus latihan juruteknik dan merupakan satu keperluan dalam melahirkan juruteknik-juruteknik yang mahir dalam penyelengaraan pesawat. Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama pelatih-pelatih ITAS.

Turut mengiringi dalam Lawatan Kerja Khas Panglima Tentera Udara adalah Inspektor Jeneral, YBhg Mej Jen Dato' Johar Razali TUDM; AKS Kejuruteraan, YBhg Mej Jen Dato Ir Razali bin Abd Ghani TUDM; AKS Material, YBhg Brig Jen Dato' Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM; AKS Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, YBhg Brig Jen Dato' Hanafiah bin Abdul Manap TUDM; Pegawai Kanan TUDM serta Pegawai Waren TUDM, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar.