Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

9e01bc53 31e4 4527 9278 cebb466ba5197007ce06 7bf1 4a05 9976 1497c79488cd7023ba86 cd29 48e2 8a97 322b450df69d22198f12 ab87 4dba be87 dbf6aca1fd4a36d2890b 4bcc 4466 a401 b1797c0b68ba1661796b 829e 448e 8135 fb428318f505

KUALA LUMPUR, 22 Mac 18 – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), YM Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pingiran Haji Mahmud telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari ini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari beliau ke Malaysia.

YM Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan mula memegang jawatan sebagai Pemerintah ABDB mulai 31 Jan 18 selepas memegang jawatan sebagai pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei yang ke-9 sejak 1 Dis 14 hingga 31 Jan 18. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan sepanjang perkhidmatan termasuk menjadi juruiring tentera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dari 2007 hingga 2009.

Dalam lawatan ini, YM Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama serta diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir menyambut kedatangan YM Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Dalam rangka lawatannya di sini, YM Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan turut melaksanakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya iaitu Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. Pertemuan dua hala ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara.