Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

da2783dc c075 49bc 9bb8 d8b5605887315cf64d03 17c5 4853 833c 34d3defb16f494ac6059 6436 4413 9932 0aa3266c128c71f74c51 a698 43bd 8d08 715909e6979fecad9dad 8683 40c5 87c2 16717dd46b656ad91bbf 0ed2 44a9 b3e5 46ad2ab51f819c0eba1e 7ff7 458a 8dda 7fe9361d7631d76c1e07 3958 41e0 b74a d4c6cf9699d062bff613 28a4 4d33 ad9d 9683443b783011666e8a 86f0 4406 ac0a ea1fa3ee9da119721847 eab2 4080 a4c1 f2af8b7c2fa233212611 cb57 49af 8b7a 9ade2cf9c13a3031b884 0581 46c7 abeb 9ae26f2747b25c2156f5 5722 4f6a 93a1 99875a1f1a18f28b13d2 59f6 492d a067 e37782c0ec8d

KUCHING, 23 Mac 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Khas ke Pangkalan Udara Kuching hari ini. Turut mengiringi beliau adalah AKS Operasi & Strategi, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM; Inspektor Jeneral, Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM; Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta Pegawai Waren TUDM, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar.

Dalam rangka lawatan di sana, Panglima Tentera Udara telah membuat lawatan ke Wisma Bintara dan Blok Bujang Ahli Udara yang baru diubahsuai untuk keselesaan anggota pangkalan serta turut berkesempatan beramah mesra bersama ahli-ahli Wisma Bintara.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara telah mengambil tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter sejurus tiba di Pangkalan Udara Kuching. Ketibaan Panglima Tentera Udara disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Yee Yit Hong TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif pangkalan.

Panglima Tentera Udara turut mengadakan sesi dialog bersama warga Pangkalan Udara Kuching untuk menerangkan inisiatif-inisiatif baru yang diperkenalkan kerajaan terhadap anggota ATM khususnya anggota TUDM disamping mendengar dan membincangkan isu-isu berbangkit yang diketengahkan oleh warga pangkalan.