Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

43e00103 4bd9 4f1d 94e9 0304986952fde6707937 8f7b 4510 b544 9557406103b855cfa659 98e3 49bb a128 7c7d406d06db7074c9a3 b9fb 43a3 a2a9 946f8e990980531e2b99 f22a 4e50 8ffa 5bd07308612a237e3b78 cb89 48d0 9225 3b6fe7516dad27fae4de bddf 40be 9e38 ee46f8f55ddca4c3ec05 3f96 4416 8bcb 4d7c7f12de75c979d1fa 0ce6 4594 ba4d d14bbb2fe824

GONG KEDAK, 27 Mac 18 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Khas ke Pangkalan Udara Gong Kedak hari ini. Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dan para Eksekutif Pangkalan.

Terdahulu, Timbalan Panglima Tentera Udara telah mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Suku sejurus tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Dalam rangka lawatan di sana, beliau telah diberikan taklimat mengenai Pangkalan dan Cawang Kejuruteraan di Bilik Mesyuarat No 11 Skn sebelum dibawa melawat ke Hangar STC dan juga MATRA 5. Timbalan Panglima Tentera Udara juga berkesempatan beramah mesra bersama PTTK Pangkalan ketika jamuan makan tengahari yang diadakan di Wisma Bintara.

Turut hadir mengiringi beliau Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM; AKS Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.