Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 71525eb6dd9a ffd6 4ee2 8dce f1743f55b8786d54485f 1274 4a2a 8059 ecaf3605a0d5acab6638 82f2 4c49 b475 74bd2af82d8d57d440b3 204e 4c1f a102 f95ba68e6ef5d8cff7bf c8f3 4b7c 994a b3634c81b971b535bcf8 245e 4149 b7ac e5b8caf0bbf695f2f02c 379c 4dda b486 8a2cef401e68d4d0d484 e70b 41f3 8262 1d03eb1b70fb

KUALA LUMPUR, 29 Mac 18 – Air Chief Marshal Abu Esrar, Chief of Air Staff Bangladesh Air Force (BAF) telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau ke Malaysia bermula pada 28 Mac hingga 1 Apr 18.

Dalam rangka lawatan di Kementerian Pertahanan hari ini, beliau telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen TUDM. Kawalan Kehormatan Utama tersebut turut diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan BAF.