Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

37fe95dd c9cd 4174 a412 c960dbf25211b507dc8c f740 40d8 ab48 7d6df83f4f839604a42a 0e20 4f42 a889 d077c13f250ffb52046d 84a1 4dec a1c5 4e7ea01685b62173bdec f572 4a71 89a5 6a45701dc2c6dd1275f4 3643 4ee8 8e14 46b3e763ab2d

PORT DICKSON, 3 Apr 18 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan yang diadakan di MALBATT Village hari ini.

Idea Blueprint Perumahan ini dicetuskan oleh YB Menteri Pertahanan bertujuan menambahbaik taraf kehidupan anggota-anggota ATM dan keluarga mereka. Di samping itu, ianya dapat memberi panduan terhadap pelaksanaan program-program yang dirangka agar lebih teratur dan sistematik.

Di bawah agenda perumahan, Kementerian Pertahanan telah menyediakan strategi/program seperti Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), 1Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) dan Rumah Idaman.

Hadir sama di majlis pelancaran ini Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM mewakili Panglima Tentera Udara; Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.