Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

29791369 1690315281056111 252703521907708187 n19554439 1690314827722823 7246835351738199961 n29789977 1690315001056139 3661058539652021493 n29597745 1690314957722810 1350747055657726128 n29684218 1690315611056078 1620005359220451589 n29683685 1690314801056159 8710066651894644606 n29683346 1690315681056071 5991775684190488441 n29694470 1690315857722720 3289550380994857060 n29595071 1690315744389398 6983032802047047041 n29595380 1690316097722696 8614595378821167785 n29597316 1690316014389371 3668733175858435055 n

KUCHING, 3 Apr 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah merasmikan pembukaan Tabika Kemas Desawira serta Galeri Angkasa Kenyalang di Pangkalan Udara Kuching sebentar tadi.

Acara ini telah dimulakan dengan upacara perasmian Tabika Kemas Desawira bertempat di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Batu Kawa yang bakal menempatkan serta memberi manfaat pendidikan awal kepada anak-anak warga TUDM khasnya yang bertugas di PU Kuching.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara telah menandatangani plaque serta memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan tabika ini.

Turut hadir memeriahkan upacara ini adalah Yang Berusaha Puan Dayang Monalizawati bt Abang Ismail (Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak KEMAS Negeri Sarawak) serta warga TUDM dan keluarga yang menginap di Rumah Keluarga Batu Kawa.

Dalam acara berasingan, Panglima Tentera Udara turut merasmikan pembukaan Bangunan Galeri Angkasa Kenyalang bertempat di PU Kuching. Galeri ini berfungsi untuk memaparkan maklumat mengenai sejarah penubuhan serta info perihal PU Kuching.

Mengiringi Panglima Tentera Udara bagi kedua-dua upacara perasmian ini adalah Mej Jen Dato' Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM (IJTU), Mej Jen Dato' Ir Razali bin Abd Ghani TUDM (AKS Kejuruteraan), Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM (AKS Tadbir) serta pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.