Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6a5bf452 4391 4d7b 91b9 66d3db4f236c16ac0488 4fc5 4416 864a 3081fd58868c

a4b8f0f5 e377 45c7 8cc0 ca8777eb0220f56fd5b6 cf38 4823 a156 a219a3140a61

PUTRAJAYA, 4 Apr 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM mewakili Panglima Angkatan Tentera telah menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Antara intipati Amanat Perdana Menteri pada MAPPA kali ke-16:

1. Pemendekkan tempoh time-based kali kedua berasaskan kecemerlangan kepada kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan iaitu dari 13 kepada 10 tahun.

2. Mewujudkan lapisan gred DG56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan yang lebih 5 tahun berada di Gred 54 dan cemerlang.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak mulai 1 Julai 2018.

4. Sumbangan dana tahunan kepada CUEPACS sebanyak sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan (seperti cuti umrah) dilanjutkan bagi menunaikan aktiviti keagamaan (agama lain) kepada maksimum 7 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

6. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one-off.

7. Bagi persatuan-persatuan pesara kerajaan Malaysia, Kerajaan akan beri geran khas sebanyak RM1 juta setiap satu organisasi.

8. Kuota haji khas akan ditentukan kepada pesara Kerajaan.

9. Pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT Khas kepada semua penjawat awam (implikasi RM1.4 billion) berkuatkuasa 1 Julai 2018.