Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1855c6ac 9e92 40a2 90cd f2993db0b3662e87e986 5f75 4cb6 b2d0 c07fd12a334b5a4de7f3 e308 49e6 8be4 e9be315f5fba6fa874aa 3913 4641 8bbc 16cff4a461a115b37b67 7d7c 43aa 86a5 fa98dde922a6ac4c2111 1a89 43c4 8e61 ac8d8e85199cc5eaea97 d0a8 4f3d 97bd 8ea16af4370b492b3d38 519a 458f af79 a9fbc4c34417

LABUAN, 5 Apr 18- Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Pangkalan Udara (PU) Labuan. Antara aturcara program bagi lawatan kerja TPTU adalah taklimat ringkas berkenaan PU Labuan, lawatan ke Junior Rank Club, penyampaian sumbangan Menteri Pertahanan kepada Sekolah Kebangsaan Membedai, lawatan ke tapak bangunan sekolah baru, lawatan ke No 6 Skuadron dan lawatan ke No 14 Skuadron.

Semasa sesi makan tengahari bersama warga PU Labuan, TPTU telah menyampaikan ucapan serta amanat beliau kepada semua yang hadir. Antara perkara yang dititikberatkan adalah sikap integriti dikalangan warga TUDM ketika melaksanakan tugas, menghidupkan budaya kerja yang cemerlang dikalangan pegawai dan anggota TUDM, larangan keras terhadap penggunaan najis dadah dan beliau juga memandang berat terhadap isu keberhutangan yang serius yang boleh menjejaskan prestasi kerja, keselamatan dan keluarga anggota.