Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

7b88b379 9f02 4217 b5bf 29f4f4a9fc9333c45d89 40ac 4087 be2b bc094afbf379

34a4ae76 ef49 4dc0 a50a cede4af14b3c64f90226 23fb 41de a506 bfbee054161d

MELAKA, 19 Apr 18 - Markas Tentera Udara - Cawangan Perkhidmatan dan Cawangan Provos Marsyal telah menjayakan gabungan program lawatan kebajikan dan latihan penyesuaian pemanduan motosikal jarak jauh bersama-sama AKS Tadbir ke Melaka.

Lawatan kebajikan telah diadakan di rumah FSjn Safian bin Abdullah - JPU (MATM-BOLP) bertujuan menziarahi Adik Syazani bin Safian (7 tahun) yang menghidap Cerebral Palsy dan kini terlantar di rumah. AKS Tadbir turut menyampaikan sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM kepada Adik Syazani dalam sesi lawatan ini.

Matlamat utama latihan pemanduan motosikal jarak jauh pula bertujuan menguji tahap kemahiran dan ketahanan mental pengiring motosikal. Selain itu, latihan ini juga bertujuan menguji tahap pengoperasian motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki oleh Markas Tentera Udara - Cawangan Provos Marsyal.

Program ini turut disertai oleh PW TUDM, PW Istiadat dan PW MTU.