Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1265DSC 1295DSC 1312DSC 1170DSC 1178DSC 1182DSC 1320DSC 1323DSC 1364DSC 1373DSC 1384DSC 1390

KUALA LUMPUR, 24 Apr 18 – Mesyuarat Agung Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan (KSSKA) ATM ke-12 telah diadakan di Wisma Perwira ATM. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin merangkap Yang Dipertua KSSKA dan turut dihadiri Panglima-panglima Perkhidmatan.

Antara acara lain yang diadakan adalah Upacara Penyampaian Cek Yuran Keahlian 2017 dan Sumbangan dari kerajaan (Sumbangan Asas dan Geran Sepadan) Tahun 2018 kepada Perkhidmatan/Penerima Faedah.

Dalam majlis tersebut, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang juga selaku Yang Dipertua MSAT menerima peruntukan bagi TUDM sebanyak RM834,116.00 dan RM1,189,185.00 untuk Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT).

Turut juga diadakan adalah pelancaran Laman Web KSSKA yang telah dipertingkatkan bagi menarik minat ahli-ahli untuk melayarinya serta dapat memberi maklumat terkini berkenaan KSSKA.