Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

31317856 1712952608792378 8464496966858964992 n31219067 1712953068792332 1471921958475005952 n31232233 1712953038792335 7566207395873947648 n31288719 1712952928792346 6097295075602071552 n31232500 1712953425458963 4273327940797726720 n31306857 1712953725458933 3177809412836294656 n31230111 1712953815458924 6407437661933404160 n31239571 1712953308792308 2247229959892369408 n31349674 1712953222125650 692358597950046208 n

SINGAPURA, 25 Apr 18 - Eksesais SAREX MALSING 1/18 secara rasminya telah bermula setelah Upacara Pembukaan ini dilaksanakan di Pangkalan Udara Paya Lebar, Singapura.

Upacara pembukaan eksesais ini telah disempurnakan secara bersama oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Chief of Air Force Republic of Singapore Air Force (RSAF), Major General Mervyn Tan Wei Ming.

Penyematan lencana eksesais kepada 6 orang wakil peserta dari kedua-dua negara telah dilaksanakan sebagai simbolik pembukaan eksesais ini.

Eksesais SAREX MALSING adalah merupakan latihan gabungan yang pertama kali dilaksanakan oleh TUDM bersama RSAF dimana latihan pada kali ini adalah berkonsepkan Command Post Exercise (CPX) secara taktikal "Search & Rescue (SAR)".

Eksesais ini dijadualkan bermula pada 25 hingga 27 Apr 18 yang melibatkan seramai 16 orang peserta dari TUDM diketuai oleh Pengarah Eksesais, Kol Mahadzer bin Amin TUDM.

Objektif utama eksesais ini dilaksanakan adalah bagi membentuk dan mengukuh persefahaman disamping meningkatkan keupayaan bersama serta tahap kesiagaan operasi yang melibatkan misi SAR bagi kedua-dua buah negara.

Turut hadir Pegawai Kanan TUDM yang menyaksikan upacara pembukaan ini adalah Panglima Operasi Udara; Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Inspektor Jeneral Tentera Udara; Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM dan Asisten Ketua Staf Operasi & Strategi; Mej Jen Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM.