Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

NAZ 0156NAZ 0234NAZ 0263NAZ 0287NAZ 0327NAZ 0346NAZ 0396NAZ 0441NAZ 0478NAZ 0584NAZ 0601NAZ 0626

SUBANG, 26 Apr 18 – Forum Kepimpinan BAKAT Udara 2018 telah diadakan di Rumah BAKAT Udara, Pangkalan Udara Subang bermula pada 25 hingga 26 Apr 18 yang dikoordinasikan sepenuhnya oleh Sekretariat Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Markas Tentera Udara.

Forum Kepimpinan ini merupakan satu program yang disarankan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah bertujuan untuk memupuk sikap kepimpinan sebagai satu ibadah dikalangan pemimpin BAKAT Udara.

Selain itu, forum ini juga memberikan pendedahan dan kemahiran bekerja dalam satu pasukan serta menjadikan pengalaman sendiri dalam memahami setiap tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dalam pengurusan organisasi BAKAT Udara seiring dengan misi dan visi yang disasarkan.

Setiap perincian program yang telah disusun di dalam forum ini mampu memberikan impak yang maksima kepada semua peserta dan melahirkan seorang pemimpin berkaliber yang mana boleh dijadikan sebagai role model kepada ahli-ahli BAKAT di bawah naungan.