Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

785da839 0577 43d9 8ee7 00ea9d3928638446de21 8bc8 4108 9fa4 14217d157c9bbe66b305 1913 46f3 87f0 dcee1048aa9bd4848298 7147 43ae 9de8 b6d37879b1a7b501b96b 8d0d 410c 81c5 ae8aaedf52feef44ace9 a17d 4188 b124 e8978e46c4036a76c2f3 f55d 4f0c 8ced 01992e1365092bd5034e 25bb 4125 a122 cf4727baf4f6943dbe36 1e36 4e6c a513 bc7ba93d753b6cb60943 e6c6 4ce8 84b4 353a88062cc809e02205 01d4 4a36 8048 1b48163742f3

KUALA LUMPUR, 29 Apr 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDMdan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah telah merasmikan Pelancaran Karnival Bangkit Bersama - Hidup Penuh Erti. Karnival ini merupakan satu program kesedaran kepada Warga TUDM mengenai gejala penyalahgunaan dadah berbahaya yang akan mengganggu keharmonian rumah tangga sekaligus organisasi TUDM serta Negara. Program ini merupakan satu initiatif pucuk pimpinan tertinggi TUDM dalam memupuk kesedaran serta mendidik anggota TUDM bebas daripada penggunaan dadah berbahaya.

Objektif program ini adalah seperti berikut:

1. Memberikan kesedaran kepada semua peringkat anggota tentang bahaya penyalahgunaan dadah, kesan kepada individu, keluarga dan TUDM serta melahirkan anggota bebas penyalahgunaan dadah.

2. Memberi pendidikan awal kepada warga TUDM dan BAKAT Udara tentang jenis-jenis dadah serta trend dadah terkini yang selalu disalahgunakan.

3. Memupuk dan mengamalkan budaya hidup yang sihat serta mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga.

4. Menyalurkanmaklumat kepada anggota tentang hukuman dan kesan akibat penyalahgunaan dadah berbahaya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Forum Kesedaran Penyalahgunaan Dadah, pertandingan mewarna kanak-kanak,booth Pameran Dadah serta gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh ahli BAKAT Udara. Bagi menjayakan Froum tersebut para panel yang dijemput adalah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Pencegahan Dadah (PEMADAM) dan PENGASIH Malaysia.