Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

74ed6522 bbf8 4884 901f 557d5fac7dc51f4eb345 5fd3 47c4 9740 657a4708034b83c27503 9099 4813 b15d d55442a7dec899e9b6c7 e2ae 43a2 aa8c f3072372faf0 

BUTTERWORTH, 30 Apr 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Khas beliau ke Pangkalan Udara Butterworth hari ini. Dalam rangka lawatannya, beliau telah berbesar hati bagi menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada salah seorang pesara TUDM iaitu Flait Sarjan Zaidi Salleh. Penyampaian pingat ini merupakan satu tanda penghargaan di atas tindakan pantas beliau dalam menyelamatkan seorang wanita di Jambatan Pulau Pinang tempoh hari.

7ad7be5a b276 4579 9943 a853a8d88717d3fbd167 9714 49cb b479 468827c53474f1e6367f c31b 4aec b461 90cbde73ca0f5649b8a0 f383 4ff4 8299 1a0c184f1911

Lawatan kerja Khas Panglima Tentera Udara diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara Siri 31/2017. Kursus Penerbangan Kuartermaster Udara Siri 31/2017 ini telah berlangsung selama 8 bulan di Pusat Latihan Terbang Taktikal (PLTT) No 3 Skuadron. Seramai 7 orang peserta kursus telah melapor diri di PLTT No 3 Skuadron yang terdiri daripada 3 orang anggota Pangkalan Udara Tentera Darat (PUTD) dan 4 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Walau bagaimanapun, hanya 6 orang peserta kursus berjaya menamatkan latihan manakala seorang peserta terpaksa digugurkan daripada latihan di atas faktor kesihatan. BK TMK Saiful Noorhaizam bin Mohd Noor telah dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.

31e57b12 aea6 4980 8a22 6bde16d27826e4a3f2e7 d4de 4123 be41 df4a28745f6ec6a1dcb1 a867 4a24 bdaf 24232efe5a71236c6e06 1b83 4fc9 b90d 0826025f9116

Di akhir Lawatan Kerja Khas Panglima Tentera Udara, beliau telah dibawa ke Hangar No 18 Skuadron bagi merasmikan Commisioning Ceremony Engine Test Cell Facility sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.