KUALA LUMPUR, 25 Mei 18 – Cawangan Perkhidmatan – Sel Agama MTU telah menganjurkan program keagamaan iaitu Program Kerohanian Awal Ramadhan bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.
Dalam program tersebut, Ustaz Uda bin Kassim telah dijemput menyampaikan ceramah kepada warga MTU/MPOU bertajuk “Penghayatan Ramadhan”. Majlis turut diserikan dengan satu pementasan teater yang memukau dan menyentuh emosi dengan penampilan khas Datuk Jalaluddin Hassan dengan kerjasama Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU). Pementasan teater tersebut telah diarahkan oleh Hj Lokman Ghani.
Hadir sama Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.