Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234567891213

KUALA LUMPUR, 25 Mei 18 - Hampir 2000 warga ATM hadir di Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Masjid Khalid Al-Walid, Kementah petang tadi yang dikoordinasi oleh Markas Tentera Laut.

Pada majlis ini juga, YB Menteri Pertahanan turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 30 orang anak yatim dan asnaf daripada Rumah Kasih Nurul Hasanah Ampang, Selangor.

Hadir sama isteri YB Menteri Pertahanan, YBhg Puan Normah bt Alwi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohd Radzi; Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.

Seluruh warga ATM menzahirkan sekalung penghargaan terima kasih atas kesudian YB Menteri Pertahanan hadir di majlis ini.