Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

134578101112131516171820

BUTTERWORTH, 26 Mei 18– YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth yang merupakan destinasi pertama buat beliau semenjak menerajui Kementerian Pertahanan pada 22 Mei 2018 yang lalu. YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu bersama-sama isteri, Puan Normah binti Alwi tiba di Pangkalan Udara Butterworth dengan menaiki pesawat A400M daripada No 22 Skuadron.

Turut hadir di majlis ini adalah YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera; YBhg Dato Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara dan isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajah Tengku Muhaini bt Sultan Hj Ahmad Shah; Pegawai-pegawai Kanan TUDM beserta isteri serta warga TUDM termasuk anggota dari Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) dan Kolej Tentera Udara, Alor Setar.

Terdahulu Menteri Pertahanan Malaysia turut diberi taklimat khas berkenaan pesawat A400M dan merasai pengalaman berada di dalam kokpit pesawat tersebut.

Kehadiran YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dinanti-nantikan oleh warga TUDM dan warga Kementerian Pertahanan khususnya yang berkhidmat di Pangkalan Udara Butterworth yang ingin mengenali Menteri Pertahanan dengan lebih dekat. Seramai kira-kira 350 orang menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Wisma Ahli Udara, Pangkalan Udara Butterwoth.