Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345678910111213141516

KUALA LUMPUR, 31 Mei 18 – Sempena Hari TUDM ke-60 yang akan disambut pada 1 Jun 18, TUDM telah bersiaran langsung di rancangan Malaysia Hari Ini seawal 7.00 pagi bagi mempromosikan sambutan yang akan diadakan nanti. Program telah dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada Kombo Seni Udara dan seterusnya persembahan berformasi dari Tim Drumline TUDM yang terdiri daripada lima anggota pancaragam TUDM.

Selain itu juga, Tim Skyrunner dari Pasukan Khas TUDM turut mempamerkan persembahan yang penuh aksi sebelum Chef TUDM mengambil tempat membuat demonstrasi masakan ala tempur.

Wawancara berkenaan sambutan Hari TUDM pada tahun ini telah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM manakala program yang akan diadakan sempena Hari TUDM disampaikan oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM.