Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1b95841d 4a9a 4ba8 a21f 0f46e5828c642fdd16d2 9c73 48cb 8268 077f1ea40fad3e49f4a7 4747 4550 bfec 058c3336d13c5db1f2ca db65 42fe bb8e b33826edbc1320dd0b8b c747 41b2 b59e 6dc01b81808447fe94d1 09f2 4afa a1a9 a6a6cdc0b55b78c59148 6feb 4bc3 ae33 2f9a9b4ad30b438d9e2a e771 4fd8 ad9c f4dbe970969b903b4a85 4bc3 41f4 aa1c 9dd4ba27e93226399f5a cb47 4743 9611 569558128841350377c8 7180 40e2 b8ad 65f6cdefa735c91ca327 06db 424a a8cf 2dd3e1cd320dd4090acc 16a9 4529 8cb4 08c208a02820df95f5ac f3b0 41f2 9f74 fa15eb98eb64eff6aff9 1e67 456b b711 4969fdf46520f0d6c05a d490 4293 ab11 e9aaa62f7593

GONG KEDAK, 3 Jun 18 - Panglima Tentera Udara (PTU), YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan rombongan ke Pangkalan Udara Gong Kedak bagi Majlis Berbuka Puasa bersama warga Pangkalan yang diadakan di Dewan Puteri malam tadi.

Terdahulu, Ketibaan YBhg PTU bersama rombongan di Pangkalan Udara Gong Kedak disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dan para Eksekutif Pangkalan.

Hadir sama isteri Panglima Tentera Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU); Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Panglima Bantuan Udara serta Timbalan AKS P&P.

Dalam rangka majlis, YBhg PTU telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan daripada Tabung Kebajikan TUDM dan Tabung Zakat ATM kepada anggota-anggota pangkalan yang layak. Manakala YAM Pengerusi JTBU memberi sumbangan Hari Raya Aidilfitri golongan asnaf dan anak-anak yatim serta sumbangan kebajikan daripada Tabung BAKAT Udara kepada anggota pangkalan.

YBhg PTU dan rombonhan juga turut menunaikan solat maghrib, Isyak, tarawih dan juga moreh sebelum berangkat pulang.