Kemaskini Terakhir: Jumaat,21 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4aef3188 765d 4796 8696 e4248e4fcba2957c7144 48c2 4679 b110 2ae08b91abce85842e39 79fe 4ab7 8298 96c723756543f5f7fcbe 255f 4c1a a44a 7e6ad623bf4c3f4c20ad cb70 4be1 94ec e75f57be9e287d01d67c 9e34 4eed 9517 d1a7f536d2724ca54ea8 ae89 4892 ae62 8917072bd3cbfb0fa3b6 e406 41e8 8cb8 dbc7d73d05fb2df34e69 971f 4ac9 9756 302ac9d363615104d14c 2c6b 4653 a0bd 13ac6b3a9e6bc34d9754 2c9e 4cad a7e7 83888253d16af68802b6 f3af 4dc4 a70f bed8352d77f6

KUCHING, 4 Jun 18 - Panglima Tentera Udara (PTU), YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Majlis Iftar bersama pegawai dan anggota Pangkalan Udara Kuching.

Hadir sama isteri Panglima Tentera Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU); Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir Razali bin Abd Ghani TUDM; Inspektor Jeneral, Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM dan AKS A4, Brig Jen Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM serta Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar.

Terdahulu, Ketibaan YBhg PTU bersama rombongan di Pangkalan Udara Kuching disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Masro bin Kaliwon TUDM dan para Eksekutif Pangkalan.

Di majlis ini juga, YBhg PTU turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada anggota dan anak-anak yang menghidap penyakit kronik serta pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf oleh YAM Pengerusi JTBU.